Edward VIII dari United Kingdom
Edward VIII dari United Kingdom

Edward VIII dari United Kingdom

Edward VIII (Edward Albert Christian George Andrew Patrick David; selepas itu Putera Edward, Duke Windsor; 23 Jun 189428 Mei 1972) merupakan Raja United Kingdom dan Jajahan Takluk Empayar British dan Maharaja India sejak kemangkatan ayahandanya, George V (1910–36), pada 20 Januari 1936, sehinggalah baginda turun takhta pada 11 Disember 1936. Baginda merupakan pemerintah yang kedua dari Kerabat Diraja Windsor, ayahandanya telah menukarkan nama keluarga diraja daripada Saxe-Coburg-Gotha pada tahun 1917.Sebelum menaiki takhta, Edward VIII memegang gelaran Putera Edward dari York, Putera Edward dari York dan Cornwall, Duke Cornwall, Duke Rothesay dan Putera Wales (kesemuanya membawa gelaran Royal Highness). Semasa muda, baginda pernah berkhidmat dalam Perang Dunia I, melakukan lawatan ke luar negara sebagai wakil ayahandanya dan dikaitkan dengan beberapa wanita berkahwin yang lebih tua.Selepas menaiki takhta pada tahun 1936, Edward VIII mengemukakan hasrat baginda untuk berkahwin dengan kekasihnya Wallis Simpson, seorang wanita Amerika yang sudah bercerai satu kali dan akan menceraikan suami keduanya. Perdana-perdana menteri Great Britain dan kerajaan-kerajaan Komanwel membantah perkahwinan ini kerana Wallis Simpson dianggap tidak sesuai sebagai permaisuri. Tambahan pula, perkahwinan ini bercanggah dengan kedudukan raja sebagai ketua Gereja England yang pada masa itu tidak mengiktirafkan perceraian. Oleh sebab itu, baginda turun takhta secara sukarela selepas hanya 326 hari di atas takhta. Baginda digantikan oleh adindanya Putera Albert yang bergelar Raja George VI.Selepas turun dari takhta, Putera Edward diberikan gelaran Duke Windsor oleh George VI. Baginda berkahwin dengan Wallis Simpson pada 3 Jun 1937 di Perancis. Perkahwinan ini tidak menghasilkan anak. Pada tahun 1937, baginda suami isteri mengunjungi negara Jerman dan bertemu dengan Adolf Hitler. Pada masa Perang Dunia Kedua, baginda dianggap mempunyai kesimpatian terhadap Nazisme dan dihantar ke Bahamas sebagai Gabenor. Selepas peperangan itu, baginda dan isterinya pulang ke Perancis dan menetap di Paris sepanjang hidupnya.

Edward VIII dari United Kingdom

Pemerintahan 20 Januari 1936 –
11 Disember 1936
Ayahanda George V
Pangkat Lihat senarai
Pemakaman 5 Jun 1972
Tapak Pemakaman Diraja, Frogmore, Windsor, Berkshire
Tandatangan
Pasangan Wallis Simpson (k. 1937)
Bonda Mary dari Teck
Anugerah Military Cross
Kerabat Windsor (daripada 1917)
Saxe-Coburg and Gotha (until 1917)
Kesetiaan  United Kingdom
Kemangkatan 28 Mei 1972(1972-05-28) (umur 77)
4 Route du Champ d'Entraînement, Paris, Perancis
Didahului oleh George V
Keputeraan (1894-06-23)23 Jun 1894
White Lodge, Richmond, Surrey
Diikuti oleh George VI
Perkhidmatan  Tentera Laut Diraja
 Tentera Darat Britain
 Tentera Udara Diraja

Rujukan

WikiPedia: Edward VIII dari United Kingdom http://www.pco-bcp.gc.ca/index.asp?lang=eng&page=i... http://www.britishpathe.com/video/abdication-speec... http://www.britishpathe.com/video/the-king-abdicat... http://www.crwflags.com/fotw/flags/gb-rooth.html http://hemerotecadigital.bne.es/issue.vm?id=000106... http://www.heraldica.org/topics/britain/prince_hig... http://runeberg.org/statskal/1940bih/0007.html //commons.wikimedia.org/wiki/Special:Search/Edward... //ms.wikiquote.org/wiki/Special:Search/Edward_VIII... //wikisource.org/wiki/Special:Search/Edward_VIII_d...